Dari Iman:
Hujan Lagi Pagi Ini
Hujan lagi pagi ini,
Mendung lagi hati ini,
Mengenang mega yang pernah menyinar jiwaku,
Pergi tanpa petanda,
Kelamnya alam bukan untuk seketika,
Tentunya terjaga dalam gelap untukku,
Selamanya…
Inginku himpunkan kekuatan,
Untuk ku tunggu jelang sang pelangi,
Tak tertahan pedih kerna duka menyelimut rasa,
Tak tertanggung penglihatan untuk menghayati indah sang pelangi,
Yang menjelma setelah hujannya pagi ini…
Mendung kan terus berarak…berlalu…
Membawa aku bersama setiap perasaan duka yang aku miliki,
Sayang terzahir akan terus kukuh teguh,
Rindu akan terus menebal,
Kerana jiwa, minda, dan perasaan ini masih tak bisa untuk mengerti,
Kepergianmu yang tak ku jangka…
Aku berdiri rapuh,
Menahan kelu rasa yang tercipta kerana duka,
Menahan suram angin yang membeku kerana luka,
Tinggalkan kesan sepi,
Sepi sendiri,
Sayu…
Melihat hujan lagi pagi ini…
-bersambung-
0 comments:
Post a Comment