BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 26, 2010

REMEMBERING AZLIZA

Me and Allahyarhamah Azliza


Khamis, 11 Mac 2010.

Waktu: 4.00 p.m….

Selesai solat Zohor di Pusat Islam kampus, aku terpanggil untuk melihat telefon bimbitku, tertera “1 Missed Call”. Setelah dikodek-kodek, panggilan tu dari my long time best friend. Aku missed call balik… dalam hati ni, terdetik jugak, what`s happening, sebab kami jarang berhubung kecuali waktu cuti semester or waktu cuti raya.

Turun dari Pusat Islam, aku terus bergegas ke ATM depan kampus, bersama-sama Munet dan Che Ton. Tiba-tiba telefon berbunyi lagi, dan juga dari orang yang sama:

Aku: Assalamualaikum… Hai, ampa!

The Call: Waalaikumsalam… Kucai ke ni?

Aku: Yea…Kucai ni…

The Call: Kucai, ni Cikgu Ramlah ni…

Aku: Owh, cikgu…(dalam hati, dah rasa yang bukan-bukan… kenapa plak mak dia yang call aku?)

The Call: Cikgu nak bagi tau ni, Azliza dah tak dak, petang semalam… Pagi tadi dah selamat kebumi…

Aku: (Terkedu) Astaghfirullah… Innalillah…

Betul ke ni cikgu? (long pause)…Aaaarr…..errr(sekali lagi terkedu, tak boleh cakap)

The call: Dia meninggal petang semalam dalam pukul 2.45… Dia sesak nafas, dan meninggal kat hospital.

Jemputlah datang kenduri tahlil malam ni kat rumah cikgu yea, ajak kawan-kawan yang lain.

Aku: (Masih tak leh ucapkan apa-apa…long pause) Sorry cikgu, Kucai tak dapat pi, sebab still kat kampus…Tak dapat balik… Insyallah, ada kelapangan Kucai dengan kawan-kawan yang lain pi melawat… Kami doakan dia, Cikgu…(masih sugul)

The Call: Tak pa lah kalau macam tu… nanti datanglah ziarah kubur arwah…

Aku: Insyallah,cikgu. Kucai akan pi… Kucai dan kawan-kawan yang lain akan doakan untuk arwah… sorry lah eyk, cikgu… Sebab Kucai tak dapat pi…

The Call: Tak pa lah kalau macam tu… Nanti tolong bagi tau kawan-kawan yang lain yea…

Aku: Ok, cikgu… Assalamualaikum…

The Call: Walaikumsalam…

Seriously, I was shocked at that time. Tak pernah jangka Eja akan pergi dulu… Dalam mode yang masih terkedu, aku terus SMS Che Mat and Pinat, tak lupa jugak Hana… They`re all my best friends…

Cuma, lepas zaman sekolah, kami dah jarang berhubung dengan Arwah Eja. Mungkin sebab dia agak pendiam, dan kadang-kadang kami selalu terlupa kewujudan dia… memang itu salah kami… Tapi, however, we always keep in touch during cuti semester… and always gethered around during raya… )Aku maklumkan dorang, what was really happening… Masing-masing terkejut dan sedih… Sama seperti aku…

Masing-masing berjanji akan ziarah pusara Arwah during this coming cuti semester ni…

Dan hari Rabu lepas, genap 2 minggu Eja tinggalkan kami….

Allahyarhamah Azliza yang aku kenali lebih lima tahun lepas, since form five, sangat pendiam… tapi dia jugak periangSangat disenangi oleh kawan-kawan yang lain. Arwah sangat sporting and supportive… sentiasa bagi kata-kata semangat pada kami untuk teruskan kehidupan. Dia jugak rajin buat bisnes. Macam-macam bisnes dia buat, sangat bermotivasi tinggi tambah-tambah lagi dalam bab nak majukan diri…

Allahyarhamah Eja jugak sangat tenang. Dia bijak handle semua masalah yang dia ada… Mungkin mewarisi sedikit sifat ibunya, seorang kaunselor… Bermotivasi tinggi itu adalah kunci kehidupan…

Kami berkongsi bulan lahir yang sama… Tarikh juga agak hampir. Arwah Eja lahir pada 23 Jun, aku pula 27 Jun tahun yang sama. Kami jugak pernah celebrate birthday sama-sama dalam satu slumber party, lebih kurang 3 tahun lepas. Hari jadi yang ke-19. Satu kenangan yang tak dapat aku lupakan. Arwah jugak pernah berpesan kepada aku, sebagai manusia, kita harus tahu apa yang kita inginkan… Memang betul cakap Arwah, bila kita tahu apa yang kita nak, kita tahu apa yang kita perlu buat… Sesuatu yang aku pegang sampai hari ini…Hana and Eja on the Slumber Party back in 2007

Kali terakhir kami berjumpa, pada Hari Raya lepas. Berkumpul bersama teman-teman sekolah yang lain, beraya di rumah Teacher Zurina, dan cikgu-cikgu yang lain. Saat itu, Arwah baru sahaja released dari hospital. Dia dimasukkan ke ward kerana masalah darah, rasanya. Sesuatu yang kurang fasih untuk aku perkatakan. Arwah kelihatan sedikit berisi pada wajahnya ketika itu mungkin kerana kesan ubat. Seakan banyak perkara yang ingin Arwah luahkan pada kami, tapi tak terucap ketika itu. Itu dari pengamatan aku. Hana juga merasakan yang sama waktu aku call tadi. Mungkin itu sekadar perasan kami… Wallahualam… Lambaiannya saat kami berpisah, ketika itu selesai beraya di rumahnya, adalah lambaian terakhir dari Arwah… Sungguh tak kami duga…

Walaupun selepas ini kami takkan lagi dapat melihat senyuman manisnya, bersama kata-kata semangat yang dia miliki, semangat yang tertanam dalam diri Allahyarham sentiasa ada bersama kami… Kami senang untuk mengenangnya sebagai seorang wanita yang indah budi perkerti, waja semangatnya, dan sentiasa penuh dengan senyuman Semoga dia tenang di sana, dan ditempatkan disamping mereka yang beriman… We love you, Eja… Al-Fatihah…


0 comments: